Category Archives: tentang saya

welcome!

 

i just wanna say “daaaaaa~~”

welcome to my new blog…

batmanzua~ a life worth living

http://batmanzua.blogspot.com/

c ya!

Advertisements

Ayat-Ayat Cinta.

salam..

lama sangat saya x menulis kat blog ni… kerinduan melanda.. ekekeke…. saya sedang memikirkan sesuatu ni…perlu ke saya tulis? erm..

Ada seseorang telah memperkenalkan saya dengan Ayat-Ayat Cinta. sebuah novel dan filem. Seseorang yang memaksa saya ‘mencari’ Ayat-Ayat Cinta.. Seseorang yang begitu menghargai Ayat-Ayat Cinta.. mengagumi Ayat-Ayat Cinta. Tulisan Habiburahman El Shirazy. tapi sampai saat saya menulis sekarang ni, saya masih lagi belum menyentuh novel tu.. insyallah,sy akan cari.

Malam semalam, saya mencari-cari Ayat-Ayat Cinta versi filem di YouTube..rupa-rupaya citer indon..erm.. kalau kita dengar tajuknya, mesti jiwang kan? haha.. tapi Ayat-Ayat Cinta ini BUKAN lah cerita cinta jiwang. u can trust me! Yang pasti bukan cerita jiwang murahan… “I love you, sayang dan u love me,honey“-sesungguhnya istilah ni BUKAN ‘Ayat-Ayat Cinta’!

Bila saya habis saja menonton filem Ayat-Ayat Cinta ini, saya mengucap panjang,terbeleku seorang diri depan computer…terlalu daif sangat diri sendiri dalam dunia ‘cinta’… Ayat-Ayat Cinta ini memang beragama Islam! islamic…hidup…reality…

Tentang Fahri, Maria, Aishah dan Nurul. Fahri mahasiswa Uni. Al-Azhar dari indonesia mempunyai sahabat baik, Maria di Mesir.. Yang sering membantu, dan berkongsi cerita dengan Fahri. Maria seorang Kristian yang menghargai Al-Quran dan Fahri yang ‘Islam’.  Maria seorang yang berfikir. Fahri bernikah dengan Aishah, seorang muslimah berjilbab dari germany yang kaya. Aishah yang solehah,biarpun Fahri kurang selesa dengan kekayaan Aishah. kemudian Nurul, seorang gadis Muslim yang baik hati mencintai Fahri secara senyap dan takut untuk memberitahu Fahri. Maria dan Nurul menyimpan kesedihan apabila Fahri telah berkahwin. Noura juga mencintai Fahri lalu memfitnah Fahri merogolnya kerana cintanya ditolak. Noura pernah dirogol dan Maria membantu Nurul.

Perogol Nurul cuba membunuh Maria. Maria yang bersedih ‘kehilangan’ Fahri yang dicintai dalam diam, dilanggar dan koma. Fahri dipenjarakan dan Aishah berusaha membebaskan suaminya. Maria satu-satunya saksi dalam kes rogol Nurul. Aishah cuba membantu Maria sedar, tapi Maria putus asa untuk hidup tanpa Fahri. Aishah membaca diari Maria dan menjumpai ‘cinta’ Maria. Aishah memaksa suaminya, Fahri menikahi Maria dan mencintai Maria supaya Maria ada semangat berjuang untuk terus hidup. Akhirnya Maria menjadi isteri Fahri. Maria sembuh dan akhirnya menjadi saksi bagi kes rogol Fahri. Nurul mengakui dosanya memfitnah Fahri. Fahri dibebaskan.

Fahrin terus menjalani hidup sebagai suami kepada Aishah dan Maria. Poligami. Sehingga Maria akhirnya meninggal dunia.

Ayat-Ayat Cinta penuh dengan nasihat dan pedoman. bermula dengan keikhlasan persahabatan Fahri-Maria yang berbeza agama, perkahwinan Fahri-Aishah yang berbeza ‘ketebalan’ duit, hasad dengki Nurul persis Zulaikha kepada Nabi Yusuf, poligami antara Aishah-Fahri-Maria dan tentang cinta.

Sebuah cerita yang ternyata bukan cerita cinta biasa. Tapi, saya masih lagi belum memiliki novel ini.. terima kasih banyak2 kepada seseorang yang bersungguh-sungguh berharap utk saya membaca novel ini… Ayat-Ayat Cinta.. Terima kasih.

 

Salam~`

……..

 

gigi bongsu

aduhh..

teeth-cartoon.jpg

rasa nak demam la.. sakit nya gusi saya.. rasa macam nak pecah.. gigi bongsu saya sebelah kanan bawah baru nak tumbuh la.. setiap orang akan ada 4 batang gigi bongsu ek? (alamak! lagi 2 gigi x tumbuh lagi..uhuk)

dulu 3 tahun yang lepas, gigi saya tumbuh kat sebelah kiri bawah.. saya ingat lagi.. masa tu saya tengah praktikal kat Mardi (last sem 2nd year).. dah la time tu saya kene out station.. terpaksa melawat ladang2 ngan sawah2 under Mardi Teluk Intan.. 3 hari lak tu.. dah la kene periksa sawah tengah2 panas.. klu x turun, pegawai dok jeling lak.. dengan gusi geraham yang berdenyut2, kepala pun berat gler plus demam…lagi berjemur tengah2 sawah mencari n identified siput gondang emas- musuh utama pesawah! huhh..

balik rumah terus demam.. but still semangat gi opis… sampai je kat opis, gusi rasa sakit yang teramat.. smpai tak sedar kuar air mata, depan Tuan Pengarah- Tuan Haji Rahim.. (malu je).. Sib baik la Tuan Haji mmg berhati mulia.. trus dia paksa gi klinik n amik MC.. ehehe.. bahagianya….

Itu la 1st time sy pegi klinik gigi sendiri.. Dentist tu senang hati je nak cabut gigi saya… panic gler.. jenuh gak la saya merayu kat doktor india tu.. gigi saya susah nak tumbuh sebab space x cukup.. rahang dah penuh.. (masa tu sy plan nak lari je, klu dia tekad nak cabut gigi saya) haha!

Actually, saya memang sangat fobia jumpa dentist! seriously.. dulu time sekolah rendah, akan ada van klinik gigi Kuala Kangsar datang untuk amik student2 ke klinik.. itu la perkara yang paling saya benci masa sekolah rendah dulu.. saya penah je menangis merayu2 kat doktor gigi (klu x silap , nama doktor tu Dr.Puspa kot) “Tolong saya doktor, saya x nak cabut gigi..jangan la doktor..jangan la..” Hu~~~ sungguh memalukan detik itu.. hehe..

ntah la.. biler duduk je kat kerusi gigi tu, rasa cam nak pengsan je… bila doktor dok jolok2 mulut, serius rasa nak muntah.. ingatkan sakit fobia tu masa kecik-kecik je, rupa-rupanya smpi besar pun, sy still lagi fobia kt dentist… betul2 perasaan takut yang bukan main2.. Apakah ini satu penyakit?

Hu~~ Selain takut pada katak dan kucing, saya juga takut pada dentist! =p

gigi1.jpg

gusi saya masih berdenyut lagi…daa~~

Dunia Baru!

rasa cam nak study balik!!!!

semalam saya ada ter’usha’ cerita Dunia Baru kat TV3. alaaa…yang ada Opie, Adif, Tajol, Madihah, Aniza, Suzana, Sariah, Darius (yang ensem tu..hehe) dan lain2… cerita tu dah masuk season 3 dah.. saya memang layannn cerita tu dari season 1 lagi.. masa tu rasanya saya baru je grad…

bukan apa, cerita tu sebenarnya sedikit sebanyak mengingatkan saya masa jadi student kat campus dulu..kat matrik &university.. memang sikit sebanyak,cerita tu macam realiti sebenar..huhu..

tak tahu la kenapa, lepas tengok Dunia Baru tu semalam, saya betul-betul rindu sangat kat campus, hostel, kawan, cafe, lab biology saya yang kelam kabut tu, library, court squasy, dewan kuliah, hot spot wireless (paling penting ni, nak bertenet free..hehe)……macam2 la lagi.. termasuklah rindu sangat nak masuk hutan..camping tahunan pbsm..wat duty pbsm ( sibuk jinjing first aid kit ke sana sini..hehe)…macam2 kan… memang zaman study la time yang paling best!

185151372l.jpg

bagi adik-adik yang baru nak melangkah ke alam ‘campus life’, may be cerita Dunia Baru ni leh beri gambaran sikit tentang ‘komuniti2’ didalam sebuah ‘populasi’… yang baik jadikan teladan, yang buruk jangan ikut.. korang pun leh nilai watak yang mana baik, watak yang mana tak baik kan? so, kita jadikan diri kita sebagai watak yang baik k….

salam sayang untuk semua kawan2 sy….rindu btol zaman dolu-dolu…

penuh warna – warni..!!!!!!!!!

26819028917225l.jpg

=)

2007 + 365 = 2008

31 december 2007

salam..

mungkin, sambut tahun baru 2008 kurang mendekatkan kita kepada konsep ‘HIJRAHKAN DIRI’…. mungkin pendekatan dia tak sama macam kita menyambut tahun baru 1429 (lagi 11 hari )… biasanya, kalau nak sambut tahun baru (masihi), mesti semua orang pun sibuk pasang angan2, sibuk tanya pasal azam tahun baru..kan? Lain pulak kalau nak sambut tahun baru (hijrah)…semua orang sibuk nak hijrahkan diri kepada menjadi orang yang lebih baik…baru nak ingat semula dosa2 dan kekurangan diri…

apa2 sekalipun, sebenarnya setiap hari kita sentiasa ada peluang untuk cipta azam baru…. memasang angan2/cita2 baru….muhasabah diri…dan berhijrah! setiap hari! selagi kita masih hidup… btul x?

Alhamdulillah…tahun 2007 ni sungguh banyak ujian, dugaan dan godaan yang saya terima….menjadikan hidup saya sepanjang tahun ni sungguh menarik dan penuh warna warni… menerima terlalu banyak kegagalan dalam satu masa membuatkan kita jadi takut, lemah, sakit…namun akhirnya ia menyenangkan.

Jadilah orang-orang yang sabar…sebab Allah sentiasa bersama-sama orang-orang yang sabar..insyallahh..

saya percaya pasti ada hikmah di setiap penghujung…saya percaya Allah sayangkan saya… saya percaya ramai insan yang sayang dan sentiasa menyokong saya…. Benar, sujud saya rasa lebih ‘sejuk’ dan ‘hampir’ kepada Pencipta saya sendiri… ciuman saya lebih terasa ‘sweet’ dan tulus ke pipi ayah dan ibu saya sendiri… ‘terima kasih’ saya lebih ikhlas dan bermakna utk sahabat2 saya…..

Honestly, walaupun mungkin tiada kejayaan mutlak yang saya capai sepanjang 2007 ini… tapi sebenarnya, saya dapat rasai ‘kejayaan2’ yang punya value tersendiri yang berjaya saya grab..

Syukur, saya berjaya menempuh semua itu… terima ujian penuh redha… berdepan dugaan dengan senang… tak penah serik untuk lebih berusaha… berjaya menepis godaan2… jauh dari maksiat…. sungguh, saya sangat bersyukur…Alhamdulillahhhh…. thanks to my beloved family…my beloved relatives… my beloved best friends… and also to all my beloved friendssss…..

that’s all.. truly from the deepest part of my heart..

salam sayang dan hijrah untuk semuaaaa!

SeLaMaT tAhUn BaRu 2008 & 1429!!

may Allah bless…

=)

suka lagu ni…nak bluetooth!

HAMPIR KE SITU
-Mendua-
Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki
Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba
(korus)

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ
Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu (ulang korus) Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh… (ulang korus)

Happy birthday, azua!

 

 

Happy birthday, Azua!

May Allah bless alwaysamen.

 

My wish :

…I’m a big girl now. And big girls don’t cry…

 

 

24 december 2007

23 years old