Ayat-Ayat Cinta.

salam..

lama sangat saya x menulis kat blog ni… kerinduan melanda.. ekekeke…. saya sedang memikirkan sesuatu ni…perlu ke saya tulis? erm..

Ada seseorang telah memperkenalkan saya dengan Ayat-Ayat Cinta. sebuah novel dan filem. Seseorang yang memaksa saya ‘mencari’ Ayat-Ayat Cinta.. Seseorang yang begitu menghargai Ayat-Ayat Cinta.. mengagumi Ayat-Ayat Cinta. Tulisan Habiburahman El Shirazy. tapi sampai saat saya menulis sekarang ni, saya masih lagi belum menyentuh novel tu.. insyallah,sy akan cari.

Malam semalam, saya mencari-cari Ayat-Ayat Cinta versi filem di YouTube..rupa-rupaya citer indon..erm.. kalau kita dengar tajuknya, mesti jiwang kan? haha.. tapi Ayat-Ayat Cinta ini BUKAN lah cerita cinta jiwang. u can trust me! Yang pasti bukan cerita jiwang murahan… “I love you, sayang dan u love me,honey“-sesungguhnya istilah ni BUKAN ‘Ayat-Ayat Cinta’!

Bila saya habis saja menonton filem Ayat-Ayat Cinta ini, saya mengucap panjang,terbeleku seorang diri depan computer…terlalu daif sangat diri sendiri dalam dunia ‘cinta’… Ayat-Ayat Cinta ini memang beragama Islam! islamic…hidup…reality…

Tentang Fahri, Maria, Aishah dan Nurul. Fahri mahasiswa Uni. Al-Azhar dari indonesia mempunyai sahabat baik, Maria di Mesir.. Yang sering membantu, dan berkongsi cerita dengan Fahri. Maria seorang Kristian yang menghargai Al-Quran dan Fahri yang ‘Islam’.  Maria seorang yang berfikir. Fahri bernikah dengan Aishah, seorang muslimah berjilbab dari germany yang kaya. Aishah yang solehah,biarpun Fahri kurang selesa dengan kekayaan Aishah. kemudian Nurul, seorang gadis Muslim yang baik hati mencintai Fahri secara senyap dan takut untuk memberitahu Fahri. Maria dan Nurul menyimpan kesedihan apabila Fahri telah berkahwin. Noura juga mencintai Fahri lalu memfitnah Fahri merogolnya kerana cintanya ditolak. Noura pernah dirogol dan Maria membantu Nurul.

Perogol Nurul cuba membunuh Maria. Maria yang bersedih ‘kehilangan’ Fahri yang dicintai dalam diam, dilanggar dan koma. Fahri dipenjarakan dan Aishah berusaha membebaskan suaminya. Maria satu-satunya saksi dalam kes rogol Nurul. Aishah cuba membantu Maria sedar, tapi Maria putus asa untuk hidup tanpa Fahri. Aishah membaca diari Maria dan menjumpai ‘cinta’ Maria. Aishah memaksa suaminya, Fahri menikahi Maria dan mencintai Maria supaya Maria ada semangat berjuang untuk terus hidup. Akhirnya Maria menjadi isteri Fahri. Maria sembuh dan akhirnya menjadi saksi bagi kes rogol Fahri. Nurul mengakui dosanya memfitnah Fahri. Fahri dibebaskan.

Fahrin terus menjalani hidup sebagai suami kepada Aishah dan Maria. Poligami. Sehingga Maria akhirnya meninggal dunia.

Ayat-Ayat Cinta penuh dengan nasihat dan pedoman. bermula dengan keikhlasan persahabatan Fahri-Maria yang berbeza agama, perkahwinan Fahri-Aishah yang berbeza ‘ketebalan’ duit, hasad dengki Nurul persis Zulaikha kepada Nabi Yusuf, poligami antara Aishah-Fahri-Maria dan tentang cinta.

Sebuah cerita yang ternyata bukan cerita cinta biasa. Tapi, saya masih lagi belum memiliki novel ini.. terima kasih banyak2 kepada seseorang yang bersungguh-sungguh berharap utk saya membaca novel ini… Ayat-Ayat Cinta.. Terima kasih.

 

Salam~`

……..

 

Advertisements

6 responses to “Ayat-Ayat Cinta.

  1. Salam, ana pun ada simpan PDF novel ni, tapi x baca lagipun.. best k? em….

  2. bolah saya tahu ape nama awak??awak mesti cantik kan?boleh tak hantar gambar awak dekat saye?

  3. membaiki kesilapan anda.

  4. nur fatin, saya nor azua…salam ukhwah! =)

  5. seseorang?:P anyway take care.

  6. salam…
    nice novel…..insyah allah nnt i akan cari n menghayatinya….

    Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cinta
    pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi.. Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.
    “in life, ALLAH doesnt give you the person you want, instead he gives you the person you need…
    to love you… hurt you and teach you the real meaning of life…”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s