Monthly Archives: Mac 2008

jodoh..

( tulisan ini saya copy dari bulletine board friendster yang dipost oleh kawan saya, Marliss… jom baca! )

Assalamualaikum wbt,

Orang-orang ‘optimis’ selalu berkata,
jodoh kita adalah apa yg kita
usahakan, bukan semata-mata pemberian
dari Allah, Jika kita yakin dan
berusaha, kita bisa mendapatkan jodoh
yang kita inginkan…

Renungilah cerita ini…

Seorang pemuda telah
melakukan ‘pendekatan’ dengan gadis
impiannya selama bertahun-tahun, dan
dia yakin bahwa gadis itu adalah
jodohnya. Selama pendeakatan itu,
badai dan karang telah mereka lalui
bersama. Tak ada apapun didunia yang
bisa membatalkan rencana pernikahan
mereka berdua. Pada hari yang telah
ditentukan, upacara pernikahan mereka
di selenggarakan dengan sangat meriah.
Sang si pemuda dengan bangga
menunjukkan kepada teman dan kerabat,
dia bisa menikahi gadis impiannya.
Beberapa tahun kemudian, seorang teman
mendapati pria itu duduk sendirian di
taman. Setelah berbincang-bincang,
teman tersebut mengetahui bahwa dia
telah bercerai dari istrinya kerana
suatu alasan yang tidak disebutkannya.
Sang teman mencuba menghibur dengan
menceritakan pengalaman hidupnya.
Bertahun-tahun lalu ia mencintai
seorang gadis dan berupaya keras untuk
menikahinya, tapi dengan berbagai
macam alasan dan rintangan, ia harus
say goodbye kepada mimpi dan berpisah
dengan gadis itu. Beberapa waktu
kemudian dia pun bertemu tanpa sengaja
dengan seseorang yang kini menjadi ibu
dari anak-anaknya yang tidak sama
sekali dicintainya dulu…tapi hadir
dalam hidupnya tanpa
disedari..memahami segala
keperluannya…

Jodoh adalah rahsia Allah. Kita tidak
akan pernah tahu, apakah suami, isteri
atau kekasih kita saat ini adalah
benar-benar soulmate atau jodoh kita?

Fahamilah…Allah telah menciptakan
manusia berpasang-pasangan.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-
Nya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
kaum yang berfikir”. (Ar Ruum 21)

Masalahnya apakah kita bisa menemukan
belahan jiwa itu?

Cuma kita terlalu ‘sibuk’ mencari
bahkan sampai kebelahan dunia yang
berbeza sekalipun. Tidak ada salahnya
sama sekali jika berusaha mendapatkan
orang yang kita inginkan. Hanya saja
kadang kita terlalu optimis dan sama
sekali lupa bahwa ada faktor X, iaitu
Kekuatan yang di Atas sana yang
sesungguhnya sangat menentukan dalam
proses pencarian kita..

Berdoalah kepada Allah, apabila kita
telah menemukan seseorang yang kita
harapkan atau apabila telah menikah
dan di kurniakan putra-putri atau
bahkan BELUM MENEMUKAN BELAHAN HATI.

Semoga Allah membukakan pintu
jodoh….Aminnn…

ps: Usaha, doa & tawakal perlu
seiringan.. Letakkan pengharapan
sepenuhnya kepada Allah swt.. Allah
swt knows the best, always!!

Wallahua’lam.

Wassalam.

( itu saja… salam utk semua.. may Allah bless..)

Advertisements

gigi bongsu

aduhh..

teeth-cartoon.jpg

rasa nak demam la.. sakit nya gusi saya.. rasa macam nak pecah.. gigi bongsu saya sebelah kanan bawah baru nak tumbuh la.. setiap orang akan ada 4 batang gigi bongsu ek? (alamak! lagi 2 gigi x tumbuh lagi..uhuk)

dulu 3 tahun yang lepas, gigi saya tumbuh kat sebelah kiri bawah.. saya ingat lagi.. masa tu saya tengah praktikal kat Mardi (last sem 2nd year).. dah la time tu saya kene out station.. terpaksa melawat ladang2 ngan sawah2 under Mardi Teluk Intan.. 3 hari lak tu.. dah la kene periksa sawah tengah2 panas.. klu x turun, pegawai dok jeling lak.. dengan gusi geraham yang berdenyut2, kepala pun berat gler plus demam…lagi berjemur tengah2 sawah mencari n identified siput gondang emas- musuh utama pesawah! huhh..

balik rumah terus demam.. but still semangat gi opis… sampai je kat opis, gusi rasa sakit yang teramat.. smpai tak sedar kuar air mata, depan Tuan Pengarah- Tuan Haji Rahim.. (malu je).. Sib baik la Tuan Haji mmg berhati mulia.. trus dia paksa gi klinik n amik MC.. ehehe.. bahagianya….

Itu la 1st time sy pegi klinik gigi sendiri.. Dentist tu senang hati je nak cabut gigi saya… panic gler.. jenuh gak la saya merayu kat doktor india tu.. gigi saya susah nak tumbuh sebab space x cukup.. rahang dah penuh.. (masa tu sy plan nak lari je, klu dia tekad nak cabut gigi saya) haha!

Actually, saya memang sangat fobia jumpa dentist! seriously.. dulu time sekolah rendah, akan ada van klinik gigi Kuala Kangsar datang untuk amik student2 ke klinik.. itu la perkara yang paling saya benci masa sekolah rendah dulu.. saya penah je menangis merayu2 kat doktor gigi (klu x silap , nama doktor tu Dr.Puspa kot) “Tolong saya doktor, saya x nak cabut gigi..jangan la doktor..jangan la..” Hu~~~ sungguh memalukan detik itu.. hehe..

ntah la.. biler duduk je kat kerusi gigi tu, rasa cam nak pengsan je… bila doktor dok jolok2 mulut, serius rasa nak muntah.. ingatkan sakit fobia tu masa kecik-kecik je, rupa-rupanya smpi besar pun, sy still lagi fobia kt dentist… betul2 perasaan takut yang bukan main2.. Apakah ini satu penyakit?

Hu~~ Selain takut pada katak dan kucing, saya juga takut pada dentist! =p

gigi1.jpg

gusi saya masih berdenyut lagi…daa~~

birthday nabi?

12 rabiul awal 1429

no more talking about politic k.. it just makes me look like a ‘wakil rakyat’ lorh! =p

today is prophet’s birthday? erm.. i had read some articles from ustaz2, said that actually 12 Rabiul Awal is not really the true date.. The day is not known to us for sure.. and the celebration during prophet’s birthday is only a’bidaah’… opss.. may be a ‘bidaah hasanah’…(if i make a mistake, do correct me k..) Allah knows best..

How many Eids are there in Islam?
Prophet (saw) said TWO (Fitri & Adha)
Certain people say THREE (Eid Milad)- *maulidur rasul*
so, who will you obey?

“Whoever innovates anything in this matter of ours (i.e., Islam), that is not part of it will have it rejected.” (Narrated by al-Bukhaari, no. 2697 Muslim, no. 1718).

( http://www.islamonline.net )

i love Prophet Muhammad everyday!

and i love to learn his sunnah very much!

but i always believe that.. He loves me more!

=)

 

 

 

 

Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him)

salam.

bukankah kita ini dicipta Tuhan?

First time sy dengar lagu ni, masa saya usha Studio Bintang Kecil last year.. masa tu adik Syamim feat ngan adik arif.. budak2 yg nyanyi.. tapi first time dengar, saya dah suka lagu ni.. tak tau pasal apa.. may be melody dia sedap.. (tp lagu ni mmg x der kene mengena ngan idup saya k..hehe..) Just, sebuah lagu yg best la.. tapi lyric dia tu meaningful.. ‘lelaki & perempuan’.. dengarlah lagu ni smp habis… layannnnnnnnnnnnnnnn! =p

 

Erti Pertemuan

by Ning Baizura feat Jay Jay

 

Menerjah batas
Gelora pun berserpihan
Menghempaskan buih
Di lautan
Acapkali tumpas
Masih jua menyusuri
Arus pergolakan
Setianya
Begitulah adat mestinya hidup
Selagi jasad dan hayat berpaut
Rintangan harus bersahut

Benar kata
Jatuh bangun seorang lelaki
Bergantung siapa
Wanita di sisi
Mujur tuah nasib
Diri kita ketemui
Jikalaulah tidak
Mungkin tak ku sedari

Bukankah kita ini dicipta Tuhan
Sepasang tapi berlainan
Lemah sini, sana kekuatan

Masing-masing
Punyai bibit kelebihan
Supaya saling memerlukan
Bertemu demi menyulam
Cahaya nurani dan akal fikiran
Naluri serta perasaan
Menyingkap erti tangisan
Bukankah kita in dicipta Tuhan
Sepasang tapi berlainan
Lemah sini, sana kekuatan
Dirimu, diriku
Bagaikan pelita
Yang memercikkan sinar
Menyuluhi malam
…..
….
p/s: kita dicipta oleh Tuhan utk saling berkasih sayang kan? dan saling memerlukan? mayb gak simbiosis.. tak kira la antara laki ke perempuan ke dewasa ke kanak2 ke keluarga ke kawan2 ke pokok2 ke haiwan ke even bakteria pun masih kita perlukan, rite?… selagi masih bergelar seorang manusia…
erti pertemuan? salammm…
luv in~~
.    .
………..

sembang politik sat..hu~~ (up-dated)

salam..

seboleh-boleh nya saya tak akan menulis kat blog saya ni tentang sesuatu yang saya sendiri x brape suka.. dan seboleh-bolehnya saya tak nak la membusuk dan mengotorkan blog saya ni ngan mende2 ni semua..huhu… that’s y la sy dah lama x up date blog ni…

ye la..sana sini orang sibuk sembang pasal politik je 2-3 minggu ni kan? result pilihanraya kali ni pun memang malatop beb! terkezut gak biler negeri saya sendiri dah bertukar “imam” dan barisan saf hadapan.. sekaligus agak menukar skit “mood”.. serius rasa sengal ngan gelagat “apek2 tua” yang ‘gipang’ (singkatan -gila pangkat) dengan roket derang.. macam bagus je nak sound2 tuanku sultan kan? pastu nak conquer semua kerusi… ingat negeri Perak ni tadika ke? nak main rebut2 kerusi lak.. huhu…. (tengok! “mood” saya pun dah start berubah ni.. ni yg malas nk taip psl ni..hu~~)

apa2 pun, syukur Ir Mohamad Nizar telah selamat dilantik sebagai Menteri Besar Perak yg baru.. anyway, TAHNIAH! saya menghormati suara majoriti rakyat Perak dan pilihan Tuanku Sultan.. TAHNIAH lagi sekali ya! =) Alhamdulillah..sekurang2nya, undang2 Tubuh Negeri Perak masih tidak mampu diceroboh oleh apek2 tu (walaupun derang kaut lebih separuh dari kerusi exco negeri).. dan Tuanku sultan masih direspek.. Daulat Tuanku! =)

moga Allah akan melindungi muslimin dan muslimat di Pulau Pinang.. arap2 Pulau Pinang juga takkan menjadi Singapore da II! ..hu~~

btw, di sini..saya mengutuk mana2 muslimin atau muslimat yang memangkah D*P semasa piliharaya yang lalu.. (maaf klu terkasar bahasa)

saya suka ngan peribahasa yang Dr.Asri (mufti Perlis) gunakan – “MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI” ..dan itu la yg mungkin sedang berlaku, kan? nak sangat menang tapi planning caca marba.. dan saling berbalah sesama sendiri… berebut2 tak ubah cam budak tadika! camner laa… pening saya… hu~~

but if we look from the other side, i believe that.. we should always think positively! semua pasti ada rahmat dan hikmah yg terbaik untuk kita.. God knows best.. as a human, nobody perfect.. should be ‘give & take’… and of coz, masing2 perlu muhasabah diri.. kan?? ‘Hijrah’ lah , beri peluang dan berfikiran positif.. ambil masa buka mata, hati dan minda agar next time, kita betul2 pilih yang terbaik setelah menilai

Katakanlah: “”…Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu…”” (Al-Imran : 26)

apa2pun, tahniah pada Malaysians yang telah memangkah dan membuat pilihan yang terbaik! Malaysia Boleh!! =)

take time to respect, respon & relax!! (3R)

salam dari saya..