Monthly Archives: Februari 2008

UNDI

salam..

8 Mac ni ngundi kan? sy pun awal2 lagi dah daftar nama kt SPR.. 1st time ni…semangat sgt.. tapi malangnya, tak dapat nk pegi ngudi… cuti x der..x sempat nak balik Kuala kangsar (my beloved hometown).. rasa cam rugi sangat2…sedih pun ada… Bukan la saya ni patriotik sgt, tapi sebab ni 1st time..so perasaan nk gi ngudi tu melampau2..huhu..lg pun, ngudi ni bukan nyer setiap ari kan…so, nnti nak kene tggu lagi 4 tahun…dushh…lama tu.. hidup lagi ke tak masa tu pun, tak saper tahu… btol x?

so, pada yang ada kelapangan n yang bercuti…pegi la ngudi.. tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia! undi lah yang TERBAIK supaya kita akan beroleh yang TERBAIK dan mendapat manfaat… insyallah…

jauhi persengketaan..permusuhan… walaupun kita memangkah pada kotak yang berbeza k.. kat Malaysia ni, semua orang ada hak masing2.. kan? hargailah kesempatan yg kita masih ada ni.. hormati lah pilihan orang lain seperti mana kita mahukan orang lain menghormati pilihan kita..ya?

all the best,guys!

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.”

(Riwayat Muslim)

Malaysia Boleh!

sumber hadith : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=906

Bila aku sudah tiada..

hujan-bila-aku-sudah-tiada.jpg

Hujan – Bila Aku Sudah Tiada

Bila aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya…

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Bila aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan…….. aku

 

 

sahabat baik?

seperti mana kisah Hatim al-’Assam yang terdapat di dalam kitab Ya Ayyuhal Walad al-Muahib tulisan Imam al-Ghazali……

Aku melihat semua manusia mempunyai kekasih. Sebahagian mereka sanggup menemani kekasihnya sehingga waktu ajal mendatang. Ada pula yang akan terus menemaninya hingga ke liang lahad. Selepas itu mereka akan pulang. Tinggallah manusia ini keseorangan di dalam kuburnya. Lalu aku berfikir, “Sebaik-baik sahabat adalah mereka yang sanggup menemani aku sehingga ke dalam lubang kubur. Aku tidak menemui sahabat sebegini melainkan amal solehku.”

Lalu aku pun menjadikan amal soleh sebagai kekasih aku. Agar amalan aku itu boleh menjadi pelita menerangi kegelapan di dalam kubur aku kelak, boleh menghiburkan aku dan tidak meninggalkan aku keseorangan di dalamnya.

 

Hatim al-’Assam adalah seorang sahabat baik kepada Syaqiq al-Balkhiy. Pada satu hari, Syaqiq bertanya kepada Hatim, “Kamu telah bersahabat denganku selama 30 tahun. Apakah yang telah kamu perolehi dari persahabatan kita ini?” Jawab Hatim al-’Assam, “Aku telah memperolehi lapan perkara, cukup sebagai bekalan bagi keselamatan aku di Akhirat nanti….”
dan inilah salah satu dari 8 perkara yang diperolehinya…wallahualam…

.

.

[kredit to http://abuyya.multiply.com%5D

sunsilk limau purut?

42292376.jpg
Wahai wanita tidak bertudung…
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang
bertudung…..
340292301.jpg
Wahai wanita yang bertudung…
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat
membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau
bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada…
tudung.jpg
Wahai wanita bertudung labuh…
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak
bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa….
tudung2.jpg
Wahai wanita yang bertaqwa….
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh..
1461322707_a65dabd48e.jpg
Wahai muslimah solehah pula…
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.
Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..
from friendster bulletine board
thanks to isyqi 4 repost this
salam…

tahun tikus kew?

salam..

aiyaaa… lagi satu hali lagi sudah mau raya maa.. huhuhu.. kepada apek2, nyonya2, amoi2 dan (teruna2 cina panggil apa ek?) di luar sana ..silamat tahun baru!!! yeahaa yeahaa! tahun ni sesak la jalan2 raya kat malaysia ni..mana tak nye, cuti raye cina ari khamis + jumaat… sambung plak ngan ari sabtu ngan ahad… seronok sakan la korang ye… ehehe (ayat penuh nada cemburu blind) … =P

memamg dah nasib keje kat tol, orang sibuk2 cuti, kita kene keje..siap overtime sehari suntuk lak tu! tak tahan…! dari raya puasa sampai la ke depavali, memang seksa nak merasai detik2 syahdu hari raye… uhukk… (padahal kalau cuti pun, bukan g mana2 pun! takat ngadap tibi je.. haha.. =p)

adoi la… semput sekejap laluan esofagus saya bila dok tengok jadual tugas kat konti… ops silap la… kat pondok tol sebenarnya (baru nak poyo2 rasa diri tu DJ …uhukkk) Teruk ler… 3 ari overtime dari pagi smp malam.. aduii la.. gerenti kene bukak lorong duit tambahan bawah payung pasar malam tu…silap2 angin tiup, abis terban duit2 (penah gak jadi camni) ….bertambah2 syahdu kalau hari panas… abis basah beb! pakai deodarant 3 botol pun belum tentu cukup! wakaka (dah mula start merepek ni..)

kalau untung skit pun, dapat la nengok teruna2 cina (still x tahu nak panggil apa kat derang ni) dok bergaya sakan…tambah2 ngan spek mata itam yang cam pop yee yeh… ngan rambut2 yang karat ala2 kuprum teroksida.. plak tu ngan baju yang still bau2 kedai…(silap2 ari bulan,klu cek, tanda harga pun x buang lagi! =p ) …fulamakkk…nak minta duit pun pun, ketaq lutut weh… ehehe.. takat cuci mata je la… (sila geli2 k…)

opss…. dah jauh menyimpang siur lak…. ok kembali ke tujuan asal… sebenarnya saya nak menyeru disini…(sesuai ke guna ‘menyeru’? belasah je la..) SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada kaum cina yang merayakan nya… (sila banyak2kan open house ya…) Dan kepada pengguna2 jalan raya dan lebuh raya di Malaysia ni… saya harap sentiasa BERHATI-HATI ketika memandu ke destinasi yang korang impikan.. cewahhh…  (balik kampung la weh..cuti2 panjang ni..)

dan bagi mengurangkan kesesakan di area plaza tol ( sebenarnya gerun klu jam time raye2 ni..huhu) guna kanlah kemudahan TOUCH n GO yang boleh didapati di plaza tol berhampiran anda.. kepada yang dah ada, jemput2 la top up awal2 supaya senang… bukan sahaja memudahkan anda tetapi juga saya jamin, sedikit sebanyak menjimatkan masa anda (dan juga menyenangkan keje saya.. wakaka). kepada yang ada cash money tahap mega lebihnya (sampai naik nak terkoyak wallet tu) , x pe la klu nk bayar tiket gak… tapi klu jam, nasib la yer.. ehehe…

apa2 pun, yang penting korang selamat sampai… saya doakan… Berhati-hatilah ya.. ingatlah orang2 tersayang..ececeh…lagi, sila peka ngan warna traffic light..bukan apa, ada sesetgh tu ‘buta kaler’ skit… huhu… haaa! NO remp-it ek..! klu nak ber’rempit’an gak, sila bina jalan sendiri ya.. pastu korang nak rempit banyak mana pun suka hati la.. nak tawaf 100 kali sampai rantai motor korang putus berkecai pun x heran! =p

ok la…. semoga anda, anda dan anda semua bergembira semasa cuti raye cina ini… haha! (diri sendiri terkontang kanting di tengah highway).. arap2 tahun ni, ada la user2 yang baik ati menghulukan limau mandarin n kacang cap ngan yin pada saya lagi..macam tahun lepas.. banyak gak dapat.. yang paling best angpau! (walaupun uncle tu isi 2 keping RM1 je..tapi sungguh terharu tau! hihi..) ucapan terima kasih kat aunty yg bagi limau, pacik dreber bus transnasional yg bagi kacang ngan yin (peket kecik tu) ngan uncle yg bagi angpau… tahun ni ada lagi x?=p

ok then… have a nice day together with ur family ya, malaysian!!! gong xi fa caii… salam… vannakam… sawadikappppppp…

luv in~

soal pada mata hati.

saya suka memetik sebuah soalan dari tulisan Dr.Juanda Jaya dalam akhbar Berita harian (27 Januari 2008).Tajuk asal tulisan itu ialah “USAH TERTIPU BISIKAN SYAITAN, SYAHWAT.”

“…Tetapi mengapa Nabi Sulaiman yang
amat jauh lebih kaya dan tinggi
pangkatnya hingga menjadi Pengurus dan
Pentadbir seluruh bangsa manusia, jin
dan haiwan boleh mendekatkan diri
kepada
Allah dan ada masa untuk ibadat….? “

 

salam dari saya…