Monthly Archives: Januari 2008

thanks to muzem! (4 dis song)

Rahmat Ujian
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Advertisements

i love trees!

 

theworldgoesgreen.jpg

 

 

Only when the last tree has died…

and the last river has been poisoned…

and the last fish has been caught…

Will we realize that we cannot eat money……….?

i love trees…..

with luv~’saya’

 

 

 

Wanita Acuan Al-Quran…

Wanita acuan Al-Quran ialah seorang wanita yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takwa pada Allah
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yang menjaga tutur katanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bangga dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa bersifat baik kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang

Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yang menghormati ibubapanya…
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangganya
Yang akan mendidik anak-anak mendalami Islam
Yang hidup penuh kesederhanaan dan sentiasa mengingati mati
Kerana baginya hidup di dunia adalah rumah sementara menunggu akhirat

Wanita acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya…
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasullullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Wanita acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masanya
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang lesu suaranya kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidur lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Wanita acuan al-Quran ialah wanita yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia nan sementara
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah singgahsana impiannya
Bersama lelaki acuan al-Quran……

burga.jpg

hijrahhhhhhh!

SaLaM HiJrAh!!

1429

ya! HaPpY NeW YeaR!!

kalau 10 hari lepas, kita kalut dok fikir apa azam baru untuk 2008…apa cita-cita yang nak dilaksanakan dalam tahun 2008… Dalam tahun 1429 plak camner? ramai yang pasti nak tanamkan tekad nak BERUBAH!…nak BERHIJRAH!…

tapi Hijrah apa ya? … Hijrah tu kene pindah randah ke? Buang semua benda lama? Semua kene tukar baru? Pindah rumah? atau pindah tempat keje? Kena berubah sikap? jadi orang lain?…hoho… hijrah sering dilihat sebagai berubah atau berpindah ke suasana, situasi dan kehidupan baru yang lebih membahagiakan…menyenangkan……. ke arah kehidupan yang lebih berjaya, berkualiti.. bagus tu!

tapi sebenarnya erti Hijrah, lebih dari itu… yang akan menjadi sesuatu yang lebih besar! yang hebat!

Memperbaiki sikap…meningkatkan prestasi keje/pelajaran…memperbaiki hubungan…tambahkan amalan…dekati kebaikan…kukuhkan keimanan…wasatiah dalam segala hal.. Bukan menuntut untuk menjadi orang yang lain, tapi menjadi diri sendiri yang lebih baik dari masa lalu…
Saya suka la kata-kata di TV9-Dekat dihati …dalam iklan Maal Hijrah 1429.. ” Doa & harapan dimuliai… Moga mendapat redha Ilahi…”

Apa-apa pun, bagi tahun 1429..saya berharap semoga saya akan dapat berHIJRAH kepada yang lebih baik..menjadi yang lebih baik sebagai seorang hamba, umat, anak, kakak, ahli-ahli keluarga, sahabat dan saudara2 semua…. berhijrah menjadi seorang yang lebih bermanfaat…

Bukan menjadi ‘saya’ yang lain, tapi menjadi ‘saya’ yang lebih baik…insyallah..

Salam Sayang untuk semua……………..

Semoga ukhwah sesama kita akan seteguh penyatuan kaum Aus & Kharaj diatas nama kaum Ansar…. dan seutuh persaudaraan kaum Ansar dan Muhajirin …..pada satu HIJRAH! “

salam…

Dunia Baru!

rasa cam nak study balik!!!!

semalam saya ada ter’usha’ cerita Dunia Baru kat TV3. alaaa…yang ada Opie, Adif, Tajol, Madihah, Aniza, Suzana, Sariah, Darius (yang ensem tu..hehe) dan lain2… cerita tu dah masuk season 3 dah.. saya memang layannn cerita tu dari season 1 lagi.. masa tu rasanya saya baru je grad…

bukan apa, cerita tu sebenarnya sedikit sebanyak mengingatkan saya masa jadi student kat campus dulu..kat matrik &university.. memang sikit sebanyak,cerita tu macam realiti sebenar..huhu..

tak tahu la kenapa, lepas tengok Dunia Baru tu semalam, saya betul-betul rindu sangat kat campus, hostel, kawan, cafe, lab biology saya yang kelam kabut tu, library, court squasy, dewan kuliah, hot spot wireless (paling penting ni, nak bertenet free..hehe)……macam2 la lagi.. termasuklah rindu sangat nak masuk hutan..camping tahunan pbsm..wat duty pbsm ( sibuk jinjing first aid kit ke sana sini..hehe)…macam2 kan… memang zaman study la time yang paling best!

185151372l.jpg

bagi adik-adik yang baru nak melangkah ke alam ‘campus life’, may be cerita Dunia Baru ni leh beri gambaran sikit tentang ‘komuniti2’ didalam sebuah ‘populasi’… yang baik jadikan teladan, yang buruk jangan ikut.. korang pun leh nilai watak yang mana baik, watak yang mana tak baik kan? so, kita jadikan diri kita sebagai watak yang baik k….

salam sayang untuk semua kawan2 sy….rindu btol zaman dolu-dolu…

penuh warna – warni..!!!!!!!!!

26819028917225l.jpg

=)