Monthly Archives: November 2007

If Only Humans Can Show Such Love and Tenderness…..

if-only-humans-can-show-such-love-and-tenderness.jpg

sumber photo : http://www.flickr.com/photos/tacksoon/344588252/

Advertisements

dunia baru yang dah lamer! ngehh!

asslamualaikum dan salam sejahtera…

saya me’report’ dari atas meja…muahahaha!

ntah la….ari ni rasa cam sunyi je pulok dunia ni…cuti lamer bebenor…(opsss…ari ni rasa macam nak menulis dalam bahase perok..boleh ke?…kalau x boleh pun, suka ati saya la…dah ni blog saya…muahaha…saper2 tak suke, x payoh bace…yang tak brape nok faham tu, memendey la carik dictionary yer!)

cuti saya panjang benor this week ( ni bukan bahase perok ya…ni bahasa berlin…)… biler asik keje je semedang..muler la rase nak nyumbatkan salor audotori telinge ni ngan kapas…malaih nak kumpui dosa2 mengumpat dan mendengar orang mengumpat2 nih….tapi biler lame x keje, rasa rindu plak kat kengkawan2 tu sumer….hehehe….(tengah layan rindu ler nih..)

adehhhh…..dah 2 ari seteret je saya dok menaip kat blog ni…entoh ler, sejok due menjok ni, blog ni cam memanggey2 jer…tak tau la apesei…ishhhh..sayup-sayup kelihatan je kat ruang mate ni….padahei, saya tak mender pun nak taip…ishhh…kusut! kusut! ( kusut – ni panggilan kat sorang abang yang kusut kat opis saya..hehe..tiber2 teringat kat dia plak…ehem2..serius kusut!)

sebenornya, tengoh sedih nih…mana tak nyer, punya la susoh saya nak meng’save’kan borang keje kosong..tup..tup..biler nak print jer..ink printer pulok abis…sekeping je lepaih…aduhhh….kesabaran..kesabaran…!! Memang banyok bebenor la dugaan2 yang menimpa hati nurani ini untuk menyumbatkan diri sendiri yang kerdil ni kat opis2 yang berhawa dingin dan ber’decorate’kan ngan decoration mewah2 cam kat casa impian…(ada ke casa impian support decoration untuk opis ek? ) Kesabaran amat diperlukan! ngeh!\

adeiiii….saya dah x der idea nak taip aper dah ni….tak sabor2 pulok nak setat keje petang esok…

ok ler tu….kira macam dah panjang gak la kot post kali ni…lain kali kita berjumper lagi ngan post yang lebih ceria dan seriusssssss…uiksss…. hargailah hidup kome (korang)…wabillahitaufik…walhidayah…jangan hisap pit..jangan wat jenayah…

eh…jap! jap! macam tak der aper2 nilai yang bermoral tinggi plak kat post kali ni ye tak? aper yer ..nak sambung… ha!! jangan hisap pit k…drug is not a food…never have any vitamines! seriously… ketagihan ‘dadah’ ni memang susah nak buang klau dah penah layannnn…jadi, sebarang godaan dari pemangsa yang berhampiran kome..just try to ignore k! Any problem..better u talking alone while u are in front of the mirror…huhu…say TAK NAK! pada dadah….eh, dadah ke rokok ek? Dua2 tu..just say TAK NAK! k….. ingatlah orang-orang yang menyayangi anda…kalau tetiber je rasa tak ade saper2 pun yang menyayangi anda(masa ni slalunya syaitan dah banyak masuk dalam otak..nauzubillah)…ingatlah orang-orang yang anda sayang dan pernah sayang…..kalau hati terguris sangat, sampai tak nak ingat saper2….ingatlah ALLAH! ALLAH THE ALMIGHTY!! …everyseconds…everywhere….& in every oxsigen and carbon dioxcide molecules that come in and go from you….

tnbelia-benci-dadah-logo.jpg

Salam sayang dari saya untuk semua…..exsepecialli untuk orang2 perok dan vvv exsepecialli untuk orang2 kualerrr!

=)

gosip-gosip! =p

assalamualaikum….salam sejahtera..

(ewahhh….dah cam nk baca berita lak..)

cuti yang panjang..adakalanya rasa boring yang teramat..tapi kadang2 bagus jugak cuti2 ni… berjumpa orang lain…luar dari suasana kerja saya sekarang… Just, kadang2 rasa nak jumpa orang lain yang boleh membuka minda pada sesuatu yang ‘luar biasa’…. haha! Sebenarnya, saya sudah sedikit muak bersembang tentang ‘lelaki2 ensem, single’ , pasal ‘bercouple’ , pasal ‘putus cinta’ , pasal ‘orang ni moody…orang ni mengumpat2…bermuka-muka…penyelia yang terlalu ‘bossy’…orang ni suka curi tulang..orang ni kuat bodek…gelak2kan orang…citer pasal sale barang mekap…kaler gincu…..macam2 laa’ …………….Argggggghhhhhh …..maaf cakap la, kadang-kadang…saya betul2 sudah penat n muak dengan sembang-sembang macam ni…. seperti sedang berkerja di tepi jalan on the way nak gi beli ikan kat pasar, tak pun macam bersembang2 kosong di warung kopi sambil main dam!

brain
PEMBEKUAN OTAK

dunia pekerjaan yang saya ceburi ini, mmg lain dari dunia saya sebelum ni..kawan2 sekeliling pun lain…. ‘sembang-sembang’ pun dah lain…. minda saya sedikit tertutup…..otak sedikit beku, terlalu sejuk kot… sebab darah kurang mengalir ke otak…sebab macam x ada implus lansung! klu setakat cerita putus cinta…pastu cerita pasal couple..then cerita clash..pastu nangis2 sbb gaduh… mmg sy terpaksa amalkan – ‘masuk telinga kanan saya, pastu keluar balik ikut salur audotori telinga kiri saya ni’……(sorry to say k!)

bukan saya menidakkan lumrah manusia…cerita tentang cinta dan ‘drama’ kehidupan manusia yang ‘macam-macam’ ada baik dan kepentingannya tersendiri…beside, kawan2 sekerja saya memang best dan ‘happening biler kumpul ramai2… tapi biarlah bergossip tu memadai hanya separuh je dari masa ‘sembang-sembang’ tu…(ececehhh….nak gak tuh!) …. bersembang tentang kisah cinta atau tentang lelaki2, yang rasanya lebih menjurus pada ‘maksiat’ (maaf cakap ya) …atau juga tentang manusia2 yang ‘kurang tamadun’ rasanya lebih menjurus kearah mengumpat…lebih teruk kalau terjadi fitnah..dosa mengumpat pun dah cukup besar dan mampu sumbat kita dalam neraka, apatah lagi dosa memfitnah…..nauzubillah..takut woo..

tu la yang saya sangat takut…walaupun kita tidak berkata2 atau comment apa2…tapi kita tetap mendapat ‘saham’ bila mendengar fitnah atau umpatan orang lain…apatah lagi kalau kita angguk-angguk geleng-geleng mengiyakan nya..atau bercerita kepada orang lain pulak…makin banyak dan meleret2 plak dosanya….wallahualam…dan makin teruk lagi, biler si pendengar mengadu-adu dan cuba mengekploitasikan plak cerita gosip2 ni, pada mangsa yang di umpat…maka jadi pergaduhan dan masam muka…dah pegi dosa lain plak……memang meleret2…..btul x?

mungkin sesama sahabat yang boleh dipercayai..kita boleh berkongsi masalah kita..dan meluahkan perasaan kita..sedih, kecewa..or else…. tapi saya nasihatkan di sini, berkongsilah hal peribadi anda kepada seorang SAHABAT yang boleh DIPERCAYAI.. yang tidak akan membuat ‘chain chat’ kepada orang lain plak…insyallah, kalau kita bersahabat dengan orang yang baik, kita pun jadi baik… setiap pandangan dan nasihat boleh diambil dan difikirkan semula baik atau buruknya…dan sahabat yang baik, akan menyejukkan hati…bukan menyiram minyak pada bara api….

best friend’s joy!

saya nak share satu hadith yang memberi panduan pada kita dalam mencari seorang yang dipanggil SAHABAT …..

Daripada Abu Musa al-Asy’ari, radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda:

“Perumpamaan seorang teman yang baik dan seorang teman yang buruk seperti pembawa minyak wangi dan buruh pengepam api. Dengan pembawa minyak wangi, mungkin dia akan beri engkau sebahagian (minyak wangi) daripadanya, atau mungkin engkau akan membeli minyak wangi daripadanya, atau engkau akan nikmati bau yang baik daripadanya. Adapun dengan buruh pengepam api, mungkin dia akan membakar pakaianmu (dengan percikan api yang dipamnya) atau engkau akan mendapat bau busuk daripadanya.”

[al-Bukhariy dan Muslim]

sebagai manusia yang memang lemah…memang kita sentiasa memerlukan seorang sahabat, pendengar, penasihat, penyokong dan juga pengkritik! memang sangat perlu…dan mencari seorang atau beberapa orang ‘sahabat’ memmang susah dalam dunia yang penuh hipokrit dan sikap selfish… apa-apa pun,masih ada sahabat yang baik dan setia kat mana-mana…(tak termasuk ‘teman tapi mesra’ , ok! tu dah jadi lain plak..huhu…) tapi sebelum tu, kita sendiri mestilah menjadi sahabat yang baik..pendengar yang baik dan penasihat yang baik…seperti pembawa minyak wangi….kalau kita tolong orang hari ini, insyallah satu hari nanti orang yang sama atau mungkin akan ada orang lain pulak yang tolong kita…Allah Maha Adil dan Penyayang!

erm…berkongsi pengalaman dan cerita2 yang boleh dijadikan teladan atau contoh, lain plak… itu bagi saya agak menarik dan agak penting…asalkan tak menokok tambah cerita sampai jadi fitnah..sudah! cerita2 pengalaman di tempat kerja terutamanya yang melibatkan servis kita (untuk yang berkerja sebagai pemberi perkhidmatan laa) amat penting… dari cerita2 ni la, kita boleh belajar something yang tak dapat dipelajari kat dalam dewan kuliah or kat sekolah dulu…sekurang2 nya…dugaan berdepan dengan ‘manusia2 yang bermacam2’ yang dialami oleh senior2 dan kawan2 sekerja, boleh dijadikan teladan dan ingatan agar lebih berhati2 selain membantu kita meng’up’kan kesabaran! ehehe…

INILAH…

ini la dugaan yang saya agak pening memikirkan nya apabila melangkah ke satu alam baru- alam pekerjaan! saya tak tahu..adakah di tempat lain pun sama ke atau tak? ( nak melangkah ke alam barzakhh lagi la kecut perut..uikss) ermmm….tapi dalam kesesakan cerita2 sensasi atau lebih enak dipanggil ‘gossip’ je sebenarnya…..ada gak yang menyejukkan hati saya, memang ada juga yang sering memberi nasihat dan memberi bimbingan pada saya dalam sesuatu kerja yang saya tak berapa tahu… memang sungguh senang berkerja dengan orang ini! =)

semoga pengalaman ini, nanti…saya akan ingati dan akan dapat manfaatkan…agar akan ada kawan sekerja saya yang berkata-kata di dalam hatinya ” Memang sungguh senang berkerja dengan orang ini!” …..dan ayat itu adalah untuk ‘saya’…. (ada ke?..)

Salam sayang untuk kawan2 sekerja saya dan semuaaa!

=)

friendship.gif

sumber hadith :- http://yapis.blogspot.com/2007_02_01_archive.html

jadi contoh ler sangat! ngeh!

 

7 GOLONGAN INSAN CONTOH
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

[Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah]

Adakah kita ada dalam senarai ni..?
i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :


a) Pemerintah yang adil-
Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.


b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya –
Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.


c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.


d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.


e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.


f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.


g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

REALITI ‘SAYA’ SEBAGAI MANUSIA DAN INSAN.

‘saya’ sememangnya tahu, ‘saya’ mungkin tiada dalam senarai insan contoh…tetapi hati ‘saya’ meronta-ronta untuk menjadi salah seorang dari salah satu atau mungkin ketujuh2 golongan insan contoh yang disebut Rasulullah s.a.w. Sebagai manusia biasa yang sering lemah semangat dan mengalami tahap keimanan yang ‘turun naik’, memang sukar menjadi insan contoh.. kadang kadang ‘saya’ tidak sedar akan kelemahan diri sendiri…kebencian orang lain terhadap ‘saya’…ketidakpuas hatian org lain…kemarahan orang lain….dan banyak lagi. terutama skali apabila ia melibatkan orang yg tersayang..

Memang kita selalu lupa…terlalu mengikut hati..terlalu mudah berputus asa dan mengaku kalah…lupa bahwa setiap masalah dan dugaan yang datang sebenar ada hikmah..kerana Allah sangat sayang..kadang kala selalu terlupa yang ini!

Kadang kadang, situasi ‘memaksa kita untuk lupa atau malas mengingat’! beware!! Macam2 yang boleh terjadi….Mujurlah ‘saya’ masih mempunyai ibu bapa, keluarga dan sahabat2 yang masih bersama2 dengan ‘saya’…Lihat! betapa pentingnya silaturahim dan kasih sayang yang dianjurkan Islam. Silaturahim dan kasih sayang ini lah yang melahirkan rasa tanggungjawab untuk saling menegur dan menasihati. Dimarahi ibu bukan kerana membenci…Dimarahi ayah bukan kerana tidak menyayangi..tapi kerana kasih dan sayang ini lah! Kerana mereka ingin mengejutkan anak yang tidur…mengerakkan ‘mahu’ pada anak yang sudah ‘malas’ untuk hidup dan berjalan! Syukur Alhamdulillah…Allah masih kurniakan ini semua kepada ‘saya’. =)

entah kenapa ‘saya’ menaip ini…just nak kongsi sedikit pahit dan manis hidup sebagai hamba dan ‘kasih sayang’. ‘Saya’ perlu sentiasa memperbaiki diri setiap hari…Memang! jika diingatkan pada segala kelemahan dan ke’negetif’an diri sendiri, yang banyak menyulitkan pihak lain…terasa ingin pergi ke satu tempat lain yang jauh………rasa tidak layak untuk menerima apa2 dari orang lain….tapi ini hanya menidakkan ‘saya’ untuk menjadi INSAN CONTOH seperti hadith, yg pastinya menjadi harapan Rasulullah s.a.w…..

itu jer kot…. Salam sayang dari saya! =)

Sumber : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

gelombang kuning!

Assalamualaikum…. lama nyer x menulis di blog…huhu..agak sibuk ngan aktiviti jamuan raya dan open house sana sini…..10 november 2007 …gelombang kuning melanda KL…mungkin dengan megahnya…4000 (atau lebih) orang bukan jumlah yang sedikit….BERSIH- adakah benar-benar mampu untuk mem’bersih’kan negara? mungkin bersih apabila disiram dengan’water canon’ pihak berkuasa……pemandangan yang kurang tenang…Sungguh! ‘Saya’ menulis di sini..bukan menyokong mana2 pihak…bukan pro mana2…tapi, ‘saya’ betul2 tidak selesa melihat saudara-saudara ‘saya’ disiram air…pedih mata terkena gas…di halau dan bermain-main aci kejar dengan polis…semua ini, tidak BERSIH dimata saya yang menonton berita..surat khabar dan gambar2 di internet ini….’saya’ tahu..majoriti saudara-saudara ‘saya’ yang terlibat dari golongan cerdik pandai dan ini lah yang menyedihkan…lebih malang, apabila pelajar-pelajar turut ‘turun jalan’…tak terfikirkah mereka sekiranya terbabas di atas lori pihak berkuasa di musim2 exam ni…undang2 universiti atau institut pengajian perlu diikuti…sebab tanggungjawab kepada diri sendiri adalah yang paling dituntut oleh agama…yang pertama sekali akan dipersoalkan kelak…waallahualam…….

 

 Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a
katanya: “Pada suatu hari Rasululah
s.a.w datang dari daerah perbukitan.
Ketik a baginda sampai di Masjid Bani
Mu’awiyah baginda masuk ke masjid
tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun
solat bersama-sama dengan
baginda.Ba ginda berdoa kepada Tuhan
panjang sekali. Setelah berdoa baginda
berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku
mem ohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia
memperkenanka n dua perkara dan menolak
satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan
supaya jangan membinasakan umatku dengan
musim susah yang panjang. Maka
diperkenanka n. Aku memohon supaya umatku
jangan dibinasakan dengan bencana
tenggelam (seperti banjir besar yang
melanda umat Nabi Nuh atau seperti
tentera dan Raja Firaun yang
ditenggelamk an di lautan), permohonanku
itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon
supaya umatku jangan dibinasakan kerana
pertentang an sesama mereka. Permohonan
ini tidak diperkenankan. “

(Bukhari)

…..hargailah apa yang kita kecapi…keAMANAN dan keDAMAIan yang kita miliki…kata orang,manusia ini jarang bersyukur…hanya akan menghargai sesuatu setelah kehilanganya! nauzubillah…..

Bukan mudah untuk merdeka..bukan mudah untuk aman..bukan mudah untuk berjaya…jangan bercerai berai..berpecah belah….jangan sampai orang lain bertepuk tangan di ‘sebelah’ kita…menunggu masa menerkam……saudara2 ku… ‘Saya’ dedicated kat lagu ini…………

~WARISAN~

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutuplah hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa

Majulah dengan gagah perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di nusantara

 

Masing-masing menuding jari sesama ‘SAUDARA’ sendiri…sedangkan masing-masing punya kelebihan dan kekurangan sendiri yang nyata…nobody perfect! rite? Jika saling MENEGUR dan TERBUKA MENERIMA…saling nasihat menasihati…saling melengkapi..alangkah baiknya!

Salam sayang dari ‘saya’ untuk semua……………………………………………

=)