Monthly Archives: Oktober 2007

ye! ye! esok raya!

assalamualaikum semuaaaaa..
wiuuu uuuuuuuuuuuuuu…

saya mengucapkan Selamat Hari Raya! pada
semua kawan2 dan sedara mara ‘saya’…Mohon maaf byk2 dan minta halalkan
semuanya ..

Smoga bergembira merayakan aidilfitri
kat mana2 pn korang,especially kwn2 yg
kene keje ari raya & pada kwn2 kat
oversea…kat germany, uk, us, jepun,
russia, australia, egypt, jordan..

dan pd kwn2 kat malaysia yg balik
kampung..be rhati2 di jalan raya n
highway.jgn merempit…biar lambat,
asalkan selamat. ingat la org
tersayang.. (ececehhh….)
dan kpd pengguna2 lebuhraya utara
selatan, arap2 korg dpt men’top up’ kad
touch n go korg. Guna touch n go, lebih
mudah, cepat dan dpt kurangkan kesesakan
di lorong exit. sediakan wang secukupnya
teruta manya di lorong tambahan..ok?

Take care ya! Rayakan dgn kegembiraan &
kesyukuran. Salam aidilfitri dan salam
sayang dari saya, azua….

-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* -*-*-*

p/s : dedicate kan lagu Seloka Hari Raya
utk korg.. (suke lagu ni.. :p )

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket” mce_src=”Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket” alt=”” border=”” hspace=”” vspace=”” width=”” height=”” align=”” />

Advertisements

macam2 ada….versi Ramadhan 2007!

assalamualaikum semuaa….

Ramadhan dah hampir meninggalkan kita untuk tahun 2007 nie.. tak tahu la…tahun dapat lagi tak kita menikmati kegembiraan berpuasa….kegembiraan bersolat terawih…kegembiraan berbuka puasa bersama2 keluarga tersayang…kegembiraan berbuka puasa bersama2 teman sekerja atau sekuliah….kegembiraan bersahur…dan kegembiraan merasai ‘zon waktu’ yg antara paling baik utk men’settle’kan semua dosa2 & utk berdoa semua permohonan kpd Allah…

Ada 2 hadith yg ingin sy share kat sini…pasal kelebihan puasa Ramadhan….

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW turun dari mimbar dan bersabda yang
bermaksud: “Amin, amin, amin.” Maka ditanya kepada Baginda: “Wahai Rasulullah kenapakah engkau berkata begitu? Baginda bersabda: Jibril berkata kepadaku: “Semoga Allah menghina orang yang apabila Ramadan tiba dosanya tidak terampun.”. Dan aku berkata: “Amin.” Kemudian Jibril berkata: “Semoga Allah menghina orang yang hidup dan melihat ibu bapanya tua, salah seorang atau kedua-duanya tetapi dia tidak dapat masuk syurga (kerana menderhaka)”. Dan Aku berkata: “Amin”. Kemudian Jibril berkata lagi: “ Semoga Allah menghina orang yang apabila disebut namamu dia tidak mengirimkan salam ke atas engkau.” Dan aku berkata: “Amin.”
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah, al-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Hibban)

-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

MACAM- MACAM ADA..

sebelum kita menyambut bulan Ramdhan, Malaysia dikejutkan dengan kehilangan adik Nurin Jazlin. Secara ikhlasnya, pada mula2 saya terbaca berita ni, saya tidak begitu mengambil berat…sebab banyak sangat dah cerite2 pasal kanak2 ilang. Contoh terdekat, adik Yin yang dijaga oleh couple dari Myanmar… dan kisah seorang kanak2 yang disangka ilang tapi rupa2nya berada di rumah neneknya…jadi, bila terbaca kisah adik Nurin, saya berbisik dalam hati saya, pasti Nurin ni akan dijumpai dengan selamat seperti kisah2 kehilangan sebelum ini yang berakhir dengan kegembiraan dan majlis doa selamat…

Malangnya…kisah ending adik Nurin tak seperti itu…..

Saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan dan membantu berdoa supaya adik Nurin dapat kembali ke pangkuan keluarga yang menyayanginya…tetapi siapa la kita untuk melawan takdir Qada dan Qadar Maha Pencipta… daripadaNya la kita datang, dan padaNya jua kita kembali…. mungkin ada hikmah yg besar disebalik nasib adik Nurin yang hanya Dia sahaja yg Maha Mengetahui….. dan bagaimana pula dengan nasib kita sebagai manusia yg masih hidup dan sudah terlalu byk berdosa…adakah lebih baik atau lebih buruk daripada tragedi yg menimpa Nurin….walahualam…

Semoga allahyarhamah Nurin Jazlin akan ditempatkan bersama2 org yg soleh dan ditempatkan ditempat yang terbaik untuk nya di akhirat kelak…ameen.

LAGI..

tetap ada sebuah cerita yang menggembirakan….walaupun adik Tee Hui Ying berlainan agama dan bangsa dari saya, tapi saya begitu tertarik dengan semangat adik nih… setahun menunggu sebuah jantung, bukan suatu masa yang singkat. Melainkan dengan semangat yg kuat… dia dah berjaya mengharungi hidupnya yang sungguh getir…

Pendermaan jantung dari seorang remaja lelaki melayu yang meninggal akibat kemalangan banyak melegakan hati ibu bapa dan mereka yang mengikuti perkembangan adik Ying.. namun, sistem tubuh nya tidak dapat menerima organ baru tersebut…dan terpaksa menjalani pemindahan lain melibatkan perdermaan jantung dari remaja lelaki cina yang juga terlibat dlm kemalangan… dan keadaan adik ying pun dah ok.. seronok tgk dia kat paper….

DAN LAGI………..

Malam semalam, angkasawan pertama Malaysia telah ke angkasa!! tahniah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor..dengan Soyuz. bangga plak saya rasa semalam. yela.. dah la orang Malaysia… Melayu.. dan Islam… jadi saya rasa..Dr.sheikh tu macam mewakili saya la…ehehe…

Yang menariknya, beliau akan mempraktik kan beberapa ibadat wajib bagi org Islam di angkasa lepas… bertayamum, bersolat, berpuasa, berbuka puasa, dan berhari raya… disamping membantu para saintis Malaysia dalam kajian bakteria untuk penyakit barah… saya doakan semoga berjaya!

Tahniah juga kepada Dr.faiz..

Ok….itu jer….may b lagi dua hari nak raya…

Salam Ramadhan dari SAYA….