Monthly Archives: September 2007

kalah menang adat permainan..ngeh!

semalam final Piala Malaysia 2007 ..

walaupun Perak kalah 3-0 , tapi semangat tu yg paling penting..  walaupun 2 striker utama, keita manjou dan khalid jamlus injured, namun serangan tetap ada.. walaupun kapten Perak, Ahmad Shahrul dikenakan kakd merah, namun semangat tetap ada…

Tahniah Kedah…

Advertisements

Perak ke final! ngeh!

Yahooooooooo!

malam semalam, perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2007. Perak vs Sabah dan Kedah vs Terengganu. kebetulan malam semalam,saya terpaksa berkerja syif malam. jadi, peluang untuk pergi ke Stadium Ipoh  terus terkubur..haha. tapi saya baget, Perak akan menang dan ke final ngan Kedah. memang tepat! ngeh!

Tahniah Perak, Khalid Jamlus, Steve Darby, semua pemain bola Perak dan penyokong Perak!!!!!!

just, nak share sedikit pengalaman saya malam semalam. Saya betugas di lorong Smart Tag dan lorong Touch n Go. tiba2 , area pukul 11.30, plaza tol jadi sesak (bahagian exit). penuh kereta2 dan van2 dengan bendera negeri perak (putih,kuning, hitam) berkibar gembira. sesakali terdengar suara orang menjerit n ketawa.. kuat betul la!

Area pukul 12, barisan kereta makin bertambah-tambah panjang. ada yang membunyikan ‘hon’ berkali-kali.. seolah-olah tidak bersabar n menghormati jurutol yang merupakan manusia biasa. supervisor saya pun intercome n mengarahkan saya membuka lorong tambahan.Bukk!!  aduhh! baru nk bersenang lenang di lorong Smart Tag n TnGo. Rasa malas plak nak bergelumang ngan duit…plus, berhadapandengan orang-orang yang kurang sabar.. x sampai beberapa saat saya menyalakan lampu hijau lorong tambahan dan menarik kon kat tgh jalan…trus lorong saya diserbu…

huhhh….majoriti adalah lelaki. sebuah kereta pun dipenuhi beberapa orang. yang paling melemas dan merimaskan saya, apabila mereka mula bising mengusik dan ketawa terbahak2 sesama mereka.. serba salah jadinya.. kalau saya bermasam muka, dikatakan saya sombong! biler saya tergelak n menlayan perbualan kosong derang, diakatakan saya ni melayan! adesss…….sudahnya,,saya hanya senyum di muka..dalam hati rasa nak je tutup kaunter!

tapi ada gak user yang baik..tahu menghormati seorang jurutol yang cikai nih. masih pandai menjawab salam! masih pandai bertanya kabar! masih pandai berkongsi kegembiraan kemenangan! masih pandai bersabar menunggu! alhamdulillahhhh! alangkah baiknya kalau semua user lebuh raya di Malaysia ini bersikap begitu! huuuuhhuuu…

aper2 pun, saya puas hati dengan kemenangan Perak! Kedah, see u at Bukit Jalil ya! ahaks!

that’s all……..

Salam gembira dari Saya.

=)