Monthly Archives: Ogos 2007

Merdekaaa!!

saya mengucapkan “Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 50 tahun” kepada semua warganegara Malaysia.

bersyukur dan berdoa agar kemerdekaan, keharmonian, kecemerlangan dan kebahagiaan akan terus kekal….

malaysia_flag.gif

jika dibandingkan dengan mereka2 yang masih bersengkang mata, dan berjihad mempertahankan ‘rumah’ sendiri…

jika dibandingkan dengan mereka2 yang ber’muzikkan’ bedilan2 bom…

jika dibandingkan dengan mereka2 yang hanya berupaya menjamah sisa2 makan sekali sehari….

jika dibandingkan dengan mereka2 yang berjuang untuk mempertahankan ‘pakaian’ di badan sendiri untuk ke mana-mana dengan bebas…

jika dibandingkan dengan mereka2 yang merindui kesyahduan azan di udara bebas…

kita jauh lebih bertuah…lebih beruntung…..dan seharusnya bersyukur….di atas segala rahmat Allah.. dan seharusnya…lebih dekat kepada-Nya diatas rahmat peluang beramal ibadat dengan tenang…. setenang kehidupan bersama2 rahmat2 dan rezeki dari Allah…

Salam Merdeka dari saya, Azua!

p.e.a.c.e!
=)

Advertisements

malaysiaku gemilang…

LIRIK LAGU

Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang

Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar – Istana Budaya
Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun

ari ni nisfu syaaban.

ari ni 15 Syaaban 1427.  hari ni saya kerja syif pagi..dan terpaksa menikmati breakfast seorang diri…sebab seorang kakak yang kerja syif yang sama berpuasa! puasa nisfu syaaban! oh ya!! saya menepuk dahi…agak terlupa diwaktu pagi walhal baru semalam saya membaca sebuah article tentang nisfu Syaaban.. ermmm….

convo usm abis

15-19 OGOS 2007
DTSP (Dewan Tuanku Syed Putra)

convocation usm kali ke 36 pun dah beberapa hari tamat… bermakna dah setahun saya grad…tapi still x dapat keje yang sesuai..betapa susah nak memulakan kehidupan… anyway..tahniah kepada kawan2 baik dan junior2 saya yang grad….leen, tini, ariza, muzem, milah, sasa, mek, pizoh, wan, emma, kak e, anum nenenek,addy, anugraha, marina, sab, epul, miza, wati, khairul n semuaaaaaaaaaaa!! may Allah bless
everytime…ameen.

sorry ya…no bunger2,no cokolat,no
teddy bear utk korang.sorry.rindu la kat
tapak convo..huhu.

tingat lagi masa saya grad tahun lepas…cam biasa la..tapak convo mmg meriah.. rindu nak jalan2 n lepak2 makan bihun sup, tomyam siam n lepak malam2 makan ice cream ngan geng. rindu la tu semuaaaa…

masa saya nak amik jubah n nak reherseal, saya lepak kat fajar bakti… tumpang tido kat surau ngan mai n wani.. gi reherseal sama2… masa nak solat asar pas amik jubah…i saw someone special…after many years…dari jauh je n saya percaya tu may b kali terakhir sy jumpa dia..huhu… (tetiba sy jiwang lak..dah la) …pastu balik rumah ngan wani…naik feri…oh, ya! tu kali terakhir sy naik feri sebagai seorang penjalan kaki! ehehe….rindu semua tu…

masa convo day.. dtg ngan mak, ayah , abang n kak maziah….adik x da..kat poli.. baju dah iron tapi jubah mmg x sempat nak pin siap2… lepas solat zuhur, saya, mai n wani siap sama2…. rasa terharu biler mak mai tolong siap kan saya… masa tu mak saya x da..haha..gi berjalan2.. terima kasih makcik!

kat dalam dewan, saya jumpa ramai kawan2 course mate…tetiba ada satu perasaan lain…huhu…rasa sedih n sayang lak kt derang n usm ni! hahaha( azua poyorkan diri) terutamanya biler jumpa si Leon giant @ raksaksa.. sy mmg baik ngan dia walaupun fizikal kami totally berbeza cam kunang2 ngan beruang kutub.. haha.. sy dok sebelah hafsah… haha, sy asik nyembang ngan leon…kakak (eng), thong…ramai lagi la… asik gelak jer…haha.. bler dh depan stage baru lutut ada getaran pada amplitud yang tinggi (ntah2 aper2.. sy mmg x suka perangai saya yang ni…hoho)bler dah saat2 akhir baru rasa nak ketaq seluruh sel2 tisu2 n organ dalaman… dari mula, x rasa aper lak.. jenuh berdoa dlm hati, supaya x pijak kain… dah la 1st time pakai high heel.. sengalnyer azua ni..

masa jalan atas stage tu… sy just fikir, ayah ngan mak mesti tgh gelak2 kat bawah.. sbb sy jalan kelam skit (biasala azua kan..) haha… bler jumpa mak n ayah, mender first saya tnaya “nampak x kakak tadi?” hehe… sbb tu je tujuan utama saya… saya nak mak n ayah tengok…

lepas je abis… ramai yg panggil nk tgkp gambar… tapi minta maaf, sbb x sempat nak tangkap gambar ngan semua… mana yang sempat jer… nyesal sampai hari ni..thanks pada kak yan!! muahhh… cantik teddy bear n bunga yg besar n gula kapas pink yang saya suka makan! thanks pada kak yana n kak zura n kak dayah…bagi hadiah.. thanks pada leen n tini bagi bunga n candle……

tu je la kenangan sy grad degree sy… biasa2 je.. semua kelam kabut sebab hari jumaat.. petang lak tuh… anyway, sy akan ingat…

lama dah tak taip aper2…

beberapa hari lepas… berlaku accident kat lebuh raya area bukitgantang.. bus terbalik.. 20 orang terkorban..